KAMPUS ASTRO
Posted by azlanumpai on April 3, 2009
RM30 juta biayai Kampus astro
Pengendali televisyen pelbagai saluran satelit utama Malaysia, Astro, akan melabur lebih RM30 juta bagi Kampus Astronya.
Kampus Astro adalah satu inisiatif strategik bagi menyediakan capaian kepada kandungan dan pengalaman pendidikan dan maklumat bertaraf dunia bagi memperkaya kehidupan penduduk Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rohana Rozhan berkata, penonton Malaysia memperlihatkan minat mendalam terhadap kandungan pendidikan dan pembelajaran seperti yang ternyata daripada kadar langganan pakej pembelajarannya yang mencecah hampir 80 peratus daripada keseluruhan asas pelanggan berjumlah 2.5 juta.
Program tiga tahun itu akan bermula di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak awal tahun ini bagi memastikan beberapa sekolah di pedalaman dan terpencil boleh mengakses kandungan pembelajaran di televisyen melalui teknologi satelit Astro.