BENGKEL NILAM DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER HARI KE 2
Posted by azlanumpai on July 13, 2008
Bengkel Pelaksanaan NILAM di sekolah dan Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Kota Kinabalu untuk hari kedua berjalan lancar. Terima kasih kepada semua peserta bengkel yang hadir dan terima kasih kepada penceramah Puan Rasmina Emin dari BTPN Sabah, Encik Lawrence George dan Puan Francisca Syelvister dari PKG Penampang. Bagaimana pun bengkel yang sepatutnya dijadualkan sehingga petang, terpaksa ditutup lebih awal iaitu pada jam 3.00 petang. Ini kerana hujan yang terlalu lebat telah turun dan dikuatiri jalan sekitar PKG yang biasanya ditengelami air akan ditengelami air lagi dan menyebabkab para peserta tidak dapat balik. Kerisauan ini ternyata betul kerana tepat jam 4.30m petang jalan-jalankan sekitar Kg Tebobon menuju ke PKG telah ditengelami air dan tidak boleh dilalui lagi. Kakitangan PKG Kota Kinabalu dan Penceramah Encik Lawrence dan Puan Francisca terpaksa menunggu di PKG Kota Kinabalu sampai jam 7.00 malam sehingga air kembali surut.
