Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu

“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”

WAKIL KOTA KINABALU JOHAN NILAM KEBANGSAAN

Posted by azlanumpai on June 22, 2008

Tokoh Nilam 2008

 

 

Keputusan Anugerah NILAM Kebangsaan 2008

KUALA LUMPUR 4 APRIL. Calon Sabah dinobatkan Tokoh NILAM Kebangsaan  2008 bagi peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam Majlis Penganugerahan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia di Legend Hotel, Kuala Lumpur.

Tokoh Nilam 2008

 

Seramai 65 calon Anugerah NILAM Kebangsaan dari seluruh negara telah terpilih untuk menyertai program ini.Johan Kategori Sekolah Rendah Bandar ialah Azmatun Samihah Bt Hassan,SK Muhibbah Raya,Tawau Sabah.Manakala tempat ketiga ialah Zakira Afina Bt Zainudin SK Seri Iman Kemaman.Terengganu. Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar pula ialah Aimi Muneerah Shamsuddin dari SK Padang Mengkuang,Terengganu disusuli Aishah Abdul Razak dari SK Bandar Baru Bangi,Selangor(Kedua) dan Noor Anisah Abu Yazit dari SK Ayer Tawar,Perak(Ketiga).

Kategori Sekolah Menengah Bandar menyaksikan Bessima Jamal Dargham SMK Lok Yuk,Likas,Sabah (Johan)manakala Jamilah Safiuddin dari Kolej Kurshiah,Seremban,muncul (naib johan )dan Low Pou Leen dari SMK St Mary,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(Ketiga).

Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dimenangi Siti Aisyah Razali dari SM Sains Hulu Selangor (Johan) diikuti Raja Noor Hazwani Raja  Azman Shah dari SMK Panglima Gantang,Parit Buntar Perak(Kedua) dan Liyana Nabilah Zainal Abidin Dari SMK Agama (SMKA) Durian Guling,Marang,Terengganu(Ketiga).

******************************

TOKOH NILAM

PERINGKAT NEGERI SABAH

Tokoh Nilam Kebangsaan 2008

Kategori Sekolah Menengah

Bessima Jamal Dargham(SMK. Lok Yuk Likas, KK)

 

Johan Tokoh Nilam Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah dan Johan Peringkat Kebangsaan.

PEMENANG PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH TAHUN 2008

Pemenang Jejak Maklumat

  Sekolah Menengah Sekolah Rendah
Johan Lahad Datu Kota Kinabalu
Naib Johan Kota Belud Kota Belud
Tempat Ke-3 Kota Kinabalu Sandakan
Sagu Hati Pertama Tawau Tawau
Sagu Hati Ke-2 Beaufort Beaufort
Sagu Hati Ke-3 Sandakan Lahad Datu

Pemenang Pemilihan Tokoh Nilam 2008

  Johan Naib Johan Ketiga
Sek. Rendah Bandar Azmatun Samihah Binti Hassan Darshini A/P Baskaran  Tiada
Sek. Rendah Luar Bandar Tiada Zana Ezryan Doros Charissa Winston
Sek. Menengah bandar Bessima Jamal Dargham Faranisah Binti Pandalat May Cim Lee Barroga
Sek. Menengah Luar Bandar Khuzaimah Binti Khasnulhadi Aminah Binti Hj Albani Muhammad Sufian Bin Sadik
Sek. Rendah Pedalaman Tiada Tiada Faroneca Elfera Fabian