Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu

“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”

KAMPUS ASTRO

Posted by azlanumpai on April 3, 2009

RM30 juta biayai Kampus astro

Pengendali televisyen pelbagai saluran satelit utama Malaysia, Astro, akan melabur lebih RM30 juta bagi Kampus Astronya.

Kampus Astro adalah satu inisiatif strategik bagi menyediakan capaian kepada kandungan dan pengalaman pendidikan dan maklumat bertaraf dunia bagi memperkaya kehidupan penduduk Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rohana Rozhan berkata, penonton Malaysia memperlihatkan minat mendalam terhadap kandungan pendidikan dan pembelajaran seperti yang ternyata daripada kadar langganan pakej pembelajarannya yang mencecah hampir 80 peratus daripada keseluruhan asas pelanggan berjumlah 2.5 juta.

Program tiga tahun itu akan bermula di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak awal tahun ini bagi memastikan beberapa sekolah di pedalaman dan terpencil boleh mengakses kandungan pembelajaran di televisyen melalui teknologi satelit Astro.

Posted in Bahagian Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari, PKG Kota Kinabalu | Tagged: , , | 2 Comments »

KAMPUS ASTRO

Posted by azlanumpai on April 3, 2009

Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.


Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.


Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Posted in Bahagian Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari, PKG Kota Kinabalu | Tagged: , , | No Comments »

PPSMI: Pandangan pelajar diambil kira

Posted by azlanumpai on July 20, 2008

UTUSAN MALAYSIA : 21 Julai 2008 / 18 Rejab 1429

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Kementerian Pelajaran bersedia menerima pandangan dan teguran daripada pelbagai pihak termasuk pelajar dalam usaha memantap dan memperkemaskan Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pandangan mereka diterima sejajar dengan dasar keterbukaan kementerian itu.

“Pandangan pelajar matrikulasi dan tingkatan enam juga diambil kira kerana mereka mungkin mampu memberi idea yang bernas,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa bersarapan pagi dengan penduduk di Bukit Depu di sini hari ini.

Beliau mengulas rumusan awal Persidangan Meja Bulat mengenai PPSMI yang mendapati proses pengajaran mata pelajaran itu di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan berbanding sekolah di bandar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan.

Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini.

Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.

Katanya, walaupun secara kasar impak pelaksanaan PPSMI setakat ini belum begitu ketara khususnya di luar bandar namun kesan positif sudah mulai kelihatan.

Jelas Razali, dalam usaha memantapkan PPSMI, kementerian sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan persidangan meja bulat berhubung isu-isu berbangkit.

Katanya, kementerian juga membentangkan 16 kajian mengenai PPSMI yang dilakukan bukan sahaja oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah kementerian pelajaran dan sektor swasta.

“Kita juga akan membentangkan hasil kajian akhir tahun ini untuk melihat keberkesanan program ini dan kita akan lihat sejauh mana kejayaan dan impaknya terhadap pelajar,

“Ini penting sebab kita harus ingat kesan atau impak PPSMI adalah besar membabitkan berjuta pelajar dan perbelanjaan yang mencecah RM5 bilion,” katanya.

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

SUMBANGAN AUTOMASI PUSAT SUMBER

Posted by azlanumpai on July 19, 2008

14hb Julai 2008 Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu; Terima kasih kepada MULTIPLE SERVICE ENTERPRISE melalui wakil syarikat Puan Yana Mohd Kamal kerana telah sudi menyumbangkan Sistem Automasi Pusat Sumber kepada Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu. Pastinya, dengan adanya sistem automasi ini akan dapat melancarkan dan akan dapat menaiktarafkan  lagi perkhidmatan Perpustakaan di PKG Kota Kinabalu. Bagi pihak Pusat Kegiatan Guru Kota KInabalu dan BTPN Sabah, sekali lagi pihak kami merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Sumbangan Sistem Automasi Pusat Sumber dari Multiple Service Enterprise berupa Set Automasi berbentuk CD dan Buku Panduan (e-Pustakawan), Barcode Scanner, dan Sijil

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

BENGKEL NILAM DAN KECEMERLANGAN PSS KUMP 2 (HARI 1)

Posted by azlanumpai on July 14, 2008

14 Julai 2008 (Isnin), Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu, Bengkel Pengurusan NILAM dan Kecemerlangan Pusat Sumber untuk kumpulan kedua telah diadakan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta dari sekolah-sekolah Daerah Kota Kinabalu yang terdiri dari 22 buah sekolah menengah dan 28 buah sekolah rendah. Bengkel kali ini di mulakan dengan Taklimat dari Encik Lawrence George, Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Penampang dengan tajuk Permasalahan dan Pelaporan NILAM. Bengkel kedua pula oleh Encik Patrick Muji, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Sabah dengan tajuk Perlaksanaan NILAM disekolah-sekolah dan Rakan Pembaca. Bengkel hari pertama ini bermula dari Jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Peserta Melapor diri Melapor diri Peserta sedang melapor diri

Para peserta sedang melapor diri di Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu.

Taklimat Encik Lawrence Taklimat dari En Lawrence George Peserta sedang mendengar taklimat Peserta Bengkel Peserta Peserta wanita 

Taklimat dan Bengkel dari Encik Lawrence George, PKG Penampang

En Patrick Muji Para Peserta Peserta-Peserta Peserta Bengkel Sebahagian dari Peserta Peserta Bengkel NILAM

Taklimat dan Bengkel dari En.Patrick Muji, BTPN Sabah

 Encik Ahmad Mengandalikan Taklimat En Hakmat Mr Lawrence, Pn Cybil & En Hakmat

 

 Terima kasih kepada Guru-Guru Perpustakaan & Media Daerah Kota Kinabalu atas kerendahan hati dan kesudian untuk hadir dalam Bengkel Pengurusan NILAM dan Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

BENGKEL NILAM DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER HARI KE 2

Posted by azlanumpai on July 13, 2008

Bengkel Pelaksanaan NILAM di sekolah dan Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Kota Kinabalu untuk hari kedua berjalan lancar. Terima kasih kepada semua peserta bengkel yang hadir dan terima kasih kepada penceramah Puan Rasmina Emin dari BTPN Sabah, Encik Lawrence George dan Puan Francisca Syelvister dari PKG Penampang. Bagaimana pun bengkel yang sepatutnya dijadualkan sehingga petang, terpaksa ditutup lebih awal iaitu pada jam 3.00 petang. Ini kerana hujan yang terlalu lebat telah turun dan dikuatiri jalan sekitar PKG yang biasanya ditengelami air akan ditengelami air lagi dan menyebabkab para peserta tidak dapat balik. Kerisauan ini ternyata betul kerana tepat jam 4.30m petang jalan-jalankan sekitar Kg Tebobon menuju ke PKG telah ditengelami air dan tidak boleh dilalui lagi. Kakitangan PKG Kota Kinabalu dan Penceramah Encik Lawrence dan Puan Francisca terpaksa menunggu di PKG Kota Kinabalu sampai jam 7.00 malam sehingga air kembali surut.

        

 

 

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

BENGKEL NILAM DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Posted by azlanumpai on July 10, 2008

Bengkel Pelaksanaan NILAM di sekolah dan Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Kota Kinabalu telah dilaksanakan hari ini, bermula dari kumpulan satu yang terdiri dari 39 buah sekolah rendah dalam Daerah Kota Kinabalu. Bengkel ini untuk kempulan pertama ini bermula hari ini 10hb Julai 2008 hingga esok 11hb Julai 2008.Pengisian program hari ini;  
08.00 pg – 10.00 pg Automasi Pusat Sumber Puan Yana Mohd Kamal        (Multiple Service Enterprise)
10.30 pg – 11.30 pg Masalah pelaporan dan pelaksanaan Program NILAM En.Lawrence George (PKG Penampang)
11.30 pg – 12.30 th Pengisian Borang e-NILAM                                            Puan Francisca Sylvester (PKG Penampang)
2.00 ptg – 4.30 ptg Pelaksanaan Program NILAM di Sekolah-Sekolah          EN.Patrick Muji (PTP BTPN  Sabah)
4.30 ptg – 5.30 ptg Bengkel

 

 Gambar kenangan hari pertama semasa Bengkel ini diadakan:

  

Para peserta bengkel sedang melapor diri

 

        

 Taklimat Dari Puan Yana Mohd Kamal

 

       

 Bengkel Dari Encik Lawrence George, Puan Francisca Sylvester dan Encik Patrick Muji

 

    

Para peserta Bengkel Sedang Menikmati Jamuan Ringan

 

   

Barisan Penceramah Bengkel NILAM

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

BENGKEL NILAM DAN PENGURUSAN PSS CEMERLANG

Posted by azlanumpai on July 7, 2008

MAKLUMAN KEPADA GURU MEDIA DAERAH KOTA KINABALU

Bengkel Pengurusan NILAM dan Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang akan di adakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Kota Kinabalu khusus untuk Guru-Guru Perpustakaan dan Media atau Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan lagi tentang pelaksanaan NILAM di sekolah, Bagaimana melaksanakan, kaedah dan sasaran NILAM sebenar di sekolah dan pengisian borang NILAM melalui database yang disediakan. Selain itu, dalam bengkel ini juga akan mendedahkan bagaimana Guru-Guru Media dapat mentadbir serta mengurus Pusat Sumber Sekolah agar mencapai kecemerlangan dan dapat dicalonkan sebagai salah satu Pusat Sumber Cemerlang di dalam Daerah, Negeri seterusnya Kebangsaan.

Bengkel ini akan diadakan selama dua hari. Bagaimanapun disebabkan bilangan sekolah dalam Daerah Kota Kinabalu terlalu banyak sedangkan ruang bilik bengkel yang dapat disediakan amat terhad, maka bengkel ini terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan.

Tarikh Bengkel Kumpulan Pertama : 10hb hingga 11hb Julai 2008

Tarikh Bengkel Kumpulan Kedua    : 14hb hingga 15hb Julai 2008

Masa berbengkel : 07.30 pagi hingga 5.00 petang.

OBJEKTIF:

Diakhir bengkel ini para peserta akan dapat:

  • Ø Lebih memahami konsep program NILAM
  • Ø Merancang pengisian program NILAM mengikut kesesuaian setempat
  • Ø Membuat pelaporan NILAM dengan lebih telus
  • Ø Melaksanakan program NILAM dengan lebih efektif

KANDUNGAN

  • Ø Pemantapan konsep NILAM
  • Ø Penjelasan berkenaan Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca
  • Ø Pelaporan NILAM sekolah rendah dan sekolah menengah

METHODOLOGI

  • Ø Kuliah
  • Ø Sessi dialog/soal jawab
  • Ø Bengkel

 Kumpulan Pertama  (10hb hingga 11hb Julai 2008)

Bil

Kod

Nama Sekolah

1

XBA4001 SK. BABAGON TOKI

2

XBA4004 SK. BANTAYAN

3

XBA4092 SK BUKIT PADANG

4

XBA4007 SK. DARAU

5

XBA4001 SK. GANTISAN

6

XBA4010 SK. GUDON

7

XBA4091 SK. INANAM LAUT

8

XBA4097 SK. INANAM  II

9

XBA4012 SK. KEBAGU

10

XBA4013 SK. KEBAYAU TELIPOK

11

XBA4014 SK. KEPAYAN

12

XBA4017 SK. KERONGGU

13

XBA4016 SK. KIONSOM INANAM

14

XBA4018 SK. KITOBU

15

XBA4019 SK. KOKOL

16

XBA4020 SK. KOLOMBONG

17

XBA4094 SK. LAPASAN

18

XBA4023 SK. LIKAS

19

XCA4024 SK. LOK YUK INANAM

20

XBA4026 SK. LOK YUK LIKAS

21

XBA4099 SK. LUYANG

22

XBA4031 SK. MALAWA

23

XBA4098 SK. MUTIARA

24

XBA4033 SK. NATAI TELIPOK

25

XBA4011 SK. PG. SITI HAFSAH

26

XBA4073 SK. POMOTODON

27

XBA4034 SK. PORING-PORING

28

XBA4035 SK. PULAU GAYA

29

XBA4041 SK. PULAU SEPANGGAR

30

XBA4036 SK. RAMPAYAN

31

XBA4037 SK. RUMINDING

32

XCA4039 SK. SACRED HEART (M)

33

XBA4042 SK. SEMBULAN

34

XCA4057 SK. STELLA MARIS (M)

35

XBA4095 SK. SRI GAYA

36

XBA4059 SK. TALUNGAN TELIPOK

37

XBA4060 SK. TAMPULAN

38

XBA4061 SK. TANJUNG ARU I

39

XBA4096 SK. TANJUNG ARU II

 

Kumpulan Ke Dua (14hb hingga 15hb Julai 2008)

Bil

Kod

Nama Sekolah

40

XBA4093 SK. TOBOBON

41

XBA4064 SK. TOMBONGON

42

XBA4072 SK. UNGGUN MENGGATAL

43

XBA4047 SK. ST AGNES

44

XCA4048 SK. ST CATHERINE (M)

45

XCA4050 SK. ST FRANCIS CONVENT

46

XCC4001 SJK ( C ) CHUNG HWA LIKAS

47

XCC4006 SJK ( C ) CHUNG HWA KG. AIR

48

XCC4009 SJK ( C ) GOOD  SHEPHERD

49

XCC4025 SJK ( C ) LOK YUK LIKAS

50

XCC4030 SJK ( C ) LOK YUK MENGGATAL

51

XCC4044 SJK ( C ) SHAN TAO

52

XCC4052 SJK ( C )  ST JAMES

53

XCC4054 SJK ( C ) ST PETER TELIPOK (M)

54

XCC4066 SJK ( C ) YICK NAM

55

XEE4038 SM MAKTAB SABAH

56

XEA4039 SM SAINS (SMESH)

57

XFE4058 SM STELLA MARIS (M)

58

XFE4021 SM TINGGI KOTA KINABALU

59

XKB4001 SM TEKNIK LIKAS

60

SFE4051 SM ST FRANCIS CONVENT (M)

61

XFE4055 SM ST PETER TELIPOK

62

XFE4001 SMK ALL SAINTS (M)

63

XEE4032 SMK BANDARAYA

64

XEA4041 SMK INANAM

65

XEA4045 SMK KOLOMBONG

66

XEE4020 SMK LIKAS

67

XFE4022 SMK LA SALLE TG ARU (M)

68

XFE4027 SMK LOK YUK LIKAS (CF)

69

XEA4043 SMK PEREMPUAN

70

XEA4042 SMK PULAU GAYA

71

XEA4040 SMK SANZAC

72

XFE4045 SMK SHAN TAO (CF)

73

XEA4044 SMK TAMAN TUN FUAD

74

XEA4046 SMK TEBOBON

75

XRA4002 SMKA INANAM

76

XRA4003 SMKA KOTA KINABALU

77

XBA4000 SK KEM TELUK SEPANGAR

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »

SEKOLAH KLUSTER

Posted by azlanumpai on July 7, 2008

SEKOLAH KLUSTER

 LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
  •  
    •  
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  •  
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER
Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

  •  
    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

  •  
    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

  •  
    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Posted in PKG Kota Kinabalu | 1 Comment »

TARNSFOMASI PENDIDIKAN

Posted by azlanumpai on July 7, 2008

UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 13/06/2008

Transformasi pendidikan bermula 2010

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKUALA LUMPUR 12 Jun – Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

”Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

”Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

”Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

”Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,” katanya.

Posted in PKG Kota Kinabalu | No Comments »